Reka bentuk KL Tower

Bahagian ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki bahagian ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.
Cari sumber: "Menara Kuala Lumpur" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Disember 2013) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini ialah konkrit. Menara ini menjadi tumpuan pelancong kerana ia menyediakan banyak tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran. Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan di bawah kepala menara.

Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut.